Followers

Monday 10 December 2012

entry ni tiada tajuk.

bismillahirahmanirrahim . . .

kusut..serabut..tertekan dan sebagainya..
mmg dah jadi 'makanan harian' seorang student..
macam-macam masalah..
kalau nk di list kan satu persatu..
mmg tak terlist kan..
antaranya ialah:
  1. esaimen bertambah-tambah
  2. kerja bersepah-sepah
  3. kawan-kawan buat perangai tak semengah
dan yang paling jadi masalah bila segala masalah-masalah kat ats ni serbu serentak...
mmg tak cukup arah nk pusing

so as  a student aku mmg tak lari dpd ke tensiaan dgn masalah-masalah ni....
kalo ade student ckp tak sterss..tipu lettew...

dan aku punya cara aku sendiri...
since aku hidop kat tepi pantai di tgganu yg indah permai ni,setiap kali aku rasa stress tahap tak ingat,aku g melepak tepi laut tu,,,
bila lama2 lepak situ,setiap ombak yang memukul pantai tu aku ibaratkan membawa  masalah aku g tengah laut...

















kalau tak pun aku tgk langit..
sungguh..kalo kita rasa sedih,tgk langit,tgk bintang,bulan,insyaAllah hilang sume tu..



dan benda yang paling aku tak penah tinggal dalam setiap ketika ialah berdating...
dating tengah2 malam,baca surat cinta,buat sesi luahan rasa,biar air mata meresap dalam jiwa,
dan sungguh lepas tu jiwa jadi tenang...

tak payah buat benda lain pun..


dan sungguh..aku bukan berdating dengan manusia...
aku berdating dengan DIA Allah Yang Esa..
 dan sungguh setiap ujian yang ALLAH bg tu bukan saja-saja..
sumenye ada erti..
bukak mata.bukak hatu,bukak minda..
then kita akan nampak ERTI tu..

dan sungguh.."jangan takut,dan jangan bersedih,sesungguhnya Allah bersamamu..



Tuesday 4 December 2012

Anak kampung


AKU HANYA ANAK KAMPUNG

maaf saudara..
aku hanya anak kampung,
yang lahir di sebuah rumah berdekatan petak bendang,
maaf saudara,
aku hanya anak kampung,
yang membesar di keliling kebun getah.
Maaf saudara,
aku hanya anak kampung,
yang taman permainan ku hanya lah didalam longkang,petak sawah dan hutan kecil di belakang rumah.
Maaf saudara,
walaupun aku kini berada di bandar tempat kelahiran mu,
adat dan tatasusila kampungku masih ku pasak tebal dalam diri,
pesan dan amanat org tuaku masih ku jaga rapi,
maaf saudara,
aku hanya anak kampung yg diajar adab dan pergaulan.
Maaf saudara,
aku anak kampung yg diajar untuk tidak keluar tanpa iringan keluarga.
Maaf saudara,
aku anak kampung yg masih kolot dan naif jika nak dibanding dgnmu anak kelahiran kota.
Maaf saudara,
aku masih punya malu untuk keluar berduaan denganmu walaupun sesungguhnya naluriku meninginkannya.
Maaf saudara,
bukan aku malu dgn org sekeliling kita,tp aku malu pada Allah..pada Dia sang pencipta.
Maaf saudara,
aku masih anak kampung itu walau apa pun yg terjadi..
aku masih anak kampung itu yang masih punya nilai dan harga diri.
Maaf saudara..aku hanya anak kampung.

Tuesday 20 November 2012

MAAFKAN AKU!

Wahai saudaraku..maafku kerana hanya ini yang aku mampu lakukan...

langit itu indah malam ini..
bintang-bintang bertaburan,
bulan menyinari dgn cahayanya..
aku pandang langit itu..
ya..langit itu langit yang sama
yang menongakat tanahku dan tanahmu di sana..
ya..langit itu sama..
tapi aku pasti cerita tanah kita berbeza..
aku di sini sedang memandang,menghayati keindahan langit ciptaan ALLAH,
tapi kau di sana sedang berteduh memandang butiran-butiran peluru yg entah bila akan kunjung hentinya..
di sini,di tanah aku,tumbuh rumput yg segar menghijau,
namun aku yakin di tanahmu di sana pasti darah merah pekat yang mengalir..
di tanahku ini,saat ini penghuni nya sedang lena di ulit mimpi,
dan pasti di tanahmu di sana engkau tak mampu melelapkan matamu walau sepicing cuma..
di tanahku ini,anak-anak mudanya sedang bercanda dan bersuka-ria,
tp di tanahmu sana,anak mudamu pasti sedang teguh mengangkat senjata bukan?
di sini,kanak-kanak menangis kerana tidak diberi mainan oleh orang tuanya,
tapi di tanahmu di sana,anak-anak kecil menangis kerana kehilangan orang tuanya..

nahh..telah ku katakan bukan..??
langit yang kita pandang masih langit yang sama..
masih langit yg indah itu..
namun cerita tanah kita berbeza..

maafkan aku wahai saudaraku..
aku tak mampu mengangkat senjata,
untuk aku menyertai peperangan mu..

maafkan aku wahai saudaraku..
aku tak mampu berdiri di barasan hadapan bersamamu
untuk bersama mempertahankan tanahmu..

kerana aku masih di sini..
teguh berdiri di tanahku..
bukan aku tidak ingin menyertaimu..
namun aku hanya seorang insan yg lemah di tanah ini..
maafkan aku saudaraku..

aku hanya mampu melihat darah itu mengalir di seluruh anggatamu,
aku hanya mampu melihat air mata itu mengalir dari mata anak-anakmu,
aku hanya mampu melihat kau berjuang mempertahankan tanahmu..
maafkan aku saudaraku..

kalau aku punya pilihan dan kesempatan..
ingin aku kesat darahmu,ingin aku hapuskan airmata dari pipi anakmu..
ingin juga aku syahid untuk berjuang bersamamu,,

tapi...
maafkan aku saudaraku..aku tak mampu melakukan hal-hal itu..
kerana aku juga tak berdaya..

wahai saudaraku..aku hanya mampu menadah tangan berdoa pada yang satu..
agar kemenangan segera berpihak kepadamu..
agar senyuman kembali terukir di bibirmu..
agar apa yg sebenarnya milikmu,akan tetap menjadi milikmu..

wahai saudaraku...maafkan aku kerana hanya ini yg mampu aku lakukan...





Friday 19 October 2012

HOLLAND

AKU NAK JEJAK TANAH HOLLAND...

Urghh..okay aku rasa nk menjeritt...........
aku nk g holland..
aku nk g netherland..
aku nk g tgk tulip..
jgn tanya nape aku suka tempat-II ni sbb aku pun tak tau..
ni natural feeling yg aku rasa dpd dulu ag..
insyaALLAH some fine day aku akan sampai sana..
for good..

kat bawah ni aku sertakan gambar ehsan inche google:-











Ohh...how i love tulips,windmill and HOLLAND..
DEAR ALLAH,bring me there one fine day-for good..
insyaALLAH..amiinn

Tuesday 2 October 2012

LA TAQAF,WA LA TAHZAN,INALLAH HA MA'ANA

JANGAN TAKUT DAN JANGAN BERSEDIH,SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMAMU..(:


setiap kali aku sedih..
setiap kali aku rindu..
setiap kali aku takut..
aku letak tangan kat dada..
aku pejam mata..
aku bisikkan kata2 ni..
dan SEJAK KEBELAKANGAN NI..
aku perasan satu benda..
aku kerap merindui sesorang yang aku panggil AYAH..
hari ni..ketika aku menulis ni..
genap SEMBILAN BULAN DAN TIGA HARI 
dia pergi...

aku tahu,ramai jugak yg KEHILANGAN..
dan aku tahu jugak..
KEHILANGAN TU MEMANG TAK PERNAH DAPAT DIGANTI..
dan sangat ambik masa untuk cure..

aku teringat kata2 dlm novel HLOVATE..

Hilang seseorg dalam hidup bukan alasan utk kita pun stop living. live a happy life, for them..

kita kena selalu ingat..org yg kita ingat tu,syg kita mcm mana kita syg dia,mungkin dia syg kita lebih dari tu,dia pergi dulu bkn sbb dia tak syg kita,tp sbb ALLAH lebih sygkan dia..

#life and death..kte hnya dipisahkn oleh satu garisan je..dan doa itu penghubung paling kuat..


Insyaallah..semoga kami semua sama2 kuat..yg pergi mmg tak akan kembali..
tapi tetap dalam hati..selamanya..
Ni HERO PERTAMA saya..he will never been forget..i love you deeply ayah!

-jangan pernah berhenti untuk berdoa-

Tuesday 25 September 2012

JAGAKAN DIA

TUHAN..JAGAKAN DIA..
JAGAKAN KAMI..
JAGAKAN MEREKA..







HAHA..okayy lawak..aku rindu kawan-kawan aku..aku rindu kolej matrikulasi perak..
okay aku kembali ber'blogging' sbb aku bosan tahap gaban dok kat uni..aku rasa nak balik kat life matrik,yg walaupun padat,sendat ngn kelas,tapi aku ada org-org kesayangan kat sisi aku..hidup rasa terisi..
apa pun aku kena terima hakikat,kami berpisah sbb mengejar impian dan cita-cita msing2..
                                GOOD LUCK KAWAN-KAWAN..APA PUN YG TERJADI..
FRIEND ALWAYS FOREVER RIGHT..<3<3


Monday 24 September 2012

surat buat dia

malam ni hujan,,
lebat membasahi bumi..
malam ni jgk aku merasakan kerinduaan yg teramat dalam kpd dia..
dia kekasih hatiku..
dia lelaki pertama dlm hidupku..
dia yg mengangkat aku ketika aku jatuh..
dia yg memelukku erat ketika aku ketakutan..
yaa...aku rindu dia..dpd hati aku yg paling dalam..
aku merindui dia yg tak mungkin kembali padaku..
tp akan ttp sentiasa dlm hati dan ingatan kami semua..
dia...dia ayahku yg sudah pergi menyambut seruan kekasih hati..
dia ayahku..yg sangat aku sayangi sepenuh hati..
al fatihah buatmu ayah..
semoga ayah berbahagia bersama kekasih hati..
semoga kita bertemu di syurga..
dan ayah tak mungkin ada galang gantinya..


yang benar,
anakmu

Wednesday 29 August 2012

Teman Pengganti~

post ni untuk kau..tlg baca!


*teman pengganti*
ketawa bersama,menangis bersama..
ku bersumpah harap kita mati pun bersama.........
rahsia ini telah lama aku pendamkan,,
tiba masanya segala-galanya ku ceritakan..
tiba masanya kau cari teman pengganti..

1hb September 2012:
hari ni kita sama-sama kita melangkah..
aku..kau..dia..mereka..kita..kita semua..
hari ini kita mengorak haluan berbeza ke arah tujuan kita yg satu..
kita berpisah hari ini..
ke alam menara gading yg kita sama impikan..
aku...ke pantai timur..TERENGGANU..(:
kau..ke oversea..SARAWAK..hehe
mereka..ada yg ke utara..selatan..timur...
kita semua telah dewasa untuk membawa langkah masing-masing..

tapi..
apa yg aku harapkan..
persahabatan kita kekal untuk selamanya..

sahabat..teman...
jaga dirimu baik-baikdi sana..
belajar rajin-rajin di sana..
jaga agama,jaga akhlak..
semoga kejayaan hakiki milik kita..

aku mungkin bukan teman yg sebaik mana...
tp aku minta supaya kau tak akan pernah melupakan aku..(:
adios..
*lagu teman sejati dimainkan*


lagu ini yg terakhir aku sajikan..
kalau rindu nnt boleh la kau nyanyikan...http://www.youtube.com/watch?v=2kxGlKts15I

Monday 14 May 2012

Hlovate Quotes(Photo)




















Kerana ALLAH Sayangkan Kita

Ketika Allah menghadirkan "dia" dalam hidup kita,itu tandanya Allah nak uji kita.Allah mahu menguji seteguh mana cinta kita kepadaNya.Ketika itu kita lebih memilih untuk cinta "dia" daripada cinta kita kepadaNya.Allah lahirkan satu perasaan dalam hati kita,perasaan yang menyatakan langkah kita itu salah.Namun hati kita telah tegar memilih "dia".Perasaan itu kita abaikan sebegitu sahaja.Sampai satu ketika,"dia" ditakdirkan pergi dari hidup kita.Betapa pilu hati kita saat itu Tuhan saja yang tahu.Saat itu..ketika itu..kita sedar.."dia" bukan untuk kita,"dia"bukan pemilik tulang rusuk kita,"dia"orang yang salah.Tapi kita tangisi pemergiannya..Mengapa harus tangisi??mengapa harus kita kecewa??sedangkan sebenarnya inilah jalan yang terbaik untuk kita.Saat jiwa kita sedang kosong,kita kembali membuka lembaran Al-Quran.Kita terbaca satu ayat..


                              "sesungguhnya lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik"

Kita mula terfikir,cukup baikkah kita untuk mendapat "dia"yang baik untuk kita.Kita mula sedar,untuk kita mendapat "dia" yang baik,kita juga harus jadi baik dulu.Untuk kita dapatkan "dia"yang taat kepada Allah,kita kena terlebih dahulu taat kepada Allah.Untuk mendapatkan "dia" yang menjaga dirinya,kita dulu kena pandai menjaga diri kita.Dan bila sampai waktunya,Allah akan temukan "dia" dengan kita in halal way.Kita akan dimiliki oleh "dia" in a right way.Jadi sementara menunggu waktu tu sampai,eloklah kita mempersiapkan diri kita untuk dapatkan yang "dia" yang sekufu dengan kita.




kita pun berjanji dalam hati:
                        

  "wahai jodohku,aku tidak tahu siapakah engkau,apa yang kau sedang lakukan,di mana kau berada,tapi aku berharap engkau juga sedang berusaha gigih untuk mendapatkan keradhaan Allah seperti aku.Bila tiba saatnya,kita pasti akan bertemu.




wahai sahabat:tunggulah "dia" yang halal datang menjemputmu.Usah kau serahkan dirimu kepada "dia" yang salah.Kerana ketika Allah meninginkan dua hati bertemu,Dia akan menggerakkan kedua-duanya sekali.Tidak hanya satu.Usah digusarkan andai "dia" masih belum menjemputmu,kerana Allah tahu yang sebaiknya..
Baiki dirimu,kau akan mendapatkan yang terbaik.
Jauhi zina,say no to couple,anda bijak..(:









                               http://www.youtube.com/watch?v=l6iqKiQ1Bfk&feature=share

Sunday 13 May 2012

Menangislah..

MENANGISLAH.. bila mana harapan yang kau bina hancur berkecai.. MENANGISLAH.. bila engkau merasakan kau tidak lagi kuat bertahan.. MENANGISLAH.. bila engkau rasakan itu mampu memberi kelegaan.. MENANGISLAH.. bila kau merasakan engkau tak lagi punya teman.. MENANGISLAH.. bila engkau merasakn engkau tak punya tujuan.. MANANGISLAH.. jika kau merasakan engkau punya banyak dosa dengan Tuhan.. MENANGISLAH.. kerana air mata bukan lambang kelemahan.. air mata bukan lambang kekalahan.. "when u're crying,u are a brave person who are not ashamed to show your own feeling" tapi..bila tiba masanya.. BANGUNLAH... hapuskan sisa2x air mata.. binalah harapan baru.. kuatkan benteng pertahanan dirimu.. cari kembali arah tujuannmu.. baiki kembali hubungan dgan Penciptamu.. ubahlah layar kapalmu.. sesungguhnya Allah tidak akan pernah mengubah nasibmu, melainkan kau sendiri yg mengubahnya..
sesungguhnya,tiap ujian yang Allah timpakan kpd hambaNya tidak lain dan tidak bukan hanya untuk meningkatkan ketakwaan mereka..sometimes there is beauty in tragedy anyway "verify with every difficulty,there is a relief"(94:46)

Istikaharah Cintaku

"bersaksi cinta di atas cinta,
dalam alunan tasbihku ini,
meneka hati yg tersembunyi,
berteman di malam sunyi penuh doa,
sebut namamu,terukir merdu,
tertulis dalam sajadah cinta,
tetapkan pilihan,sebagai teman,
kekal abadi hingga akhir zaman,
istikharah cinta memanggilku,
memohon petunjukMu,
satu lambang teman setia,naluriku berkata,
di penantian luahan rasa,
teguh satu pilihan,
memenuh separuh nafasku,
dalam mahabbah rindu"
-SIGMA-