Wahai saudaraku..maafku kerana hanya ini yang aku mampu lakukan...
langit itu indah malam ini..
bintang-bintang bertaburan,
bulan menyinari dgn cahayanya..
aku pandang langit itu..
ya..langit itu langit yang sama
yang menongakat tanahku dan tanahmu di sana..
ya..langit itu sama..
tapi aku pasti cerita tanah kita berbeza..
aku di sini sedang memandang,menghayati keindahan langit ciptaan ALLAH,
tapi kau di sana sedang berteduh memandang butiran-butiran peluru yg entah bila akan kunjung hentinya..
di sini,di tanah aku,tumbuh rumput yg segar menghijau,
namun aku yakin di tanahmu di sana pasti darah merah pekat yang mengalir..
di tanahku ini,saat ini penghuni nya sedang lena di ulit mimpi,
dan pasti di tanahmu di sana engkau tak mampu melelapkan matamu walau sepicing cuma..
di tanahku ini,anak-anak mudanya sedang bercanda dan bersuka-ria,
tp di tanahmu sana,anak mudamu pasti sedang teguh mengangkat senjata bukan?
di sini,kanak-kanak menangis kerana tidak diberi mainan oleh orang tuanya,
tapi di tanahmu di sana,anak-anak kecil menangis kerana kehilangan orang tuanya..
nahh..telah ku katakan bukan..??
langit yang kita pandang masih langit yang sama..
masih langit yg indah itu..
namun cerita tanah kita berbeza..
maafkan aku wahai saudaraku..
aku tak mampu mengangkat senjata,
untuk aku menyertai peperangan mu..
maafkan aku wahai saudaraku..
aku tak mampu berdiri di barasan hadapan bersamamu
untuk bersama mempertahankan tanahmu..
kerana aku masih di sini..
teguh berdiri di tanahku..
bukan aku tidak ingin menyertaimu..
namun aku hanya seorang insan yg lemah di tanah ini..
maafkan aku saudaraku..
aku hanya mampu melihat darah itu mengalir di seluruh anggatamu,
aku hanya mampu melihat air mata itu mengalir dari mata anak-anakmu,
aku hanya mampu melihat kau berjuang mempertahankan tanahmu..
maafkan aku saudaraku..
kalau aku punya pilihan dan kesempatan..
ingin aku kesat darahmu,ingin aku hapuskan airmata dari pipi anakmu..
ingin juga aku syahid untuk berjuang bersamamu,,
tapi...
maafkan aku saudaraku..aku tak mampu melakukan hal-hal itu..
kerana aku juga tak berdaya..
wahai saudaraku..aku hanya mampu menadah tangan berdoa pada yang satu..
agar kemenangan segera berpihak kepadamu..
agar senyuman kembali terukir di bibirmu..
agar apa yg sebenarnya milikmu,akan tetap menjadi milikmu..
wahai saudaraku...maafkan aku kerana hanya ini yg mampu aku lakukan...